top of page

 

GALERI GAMBAR

SERAH MENYERAH PEGAWAI MEMERINTAH

 

TAWAU,  Pada 18 Januari 2013 satu Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 7 RAMD telah diadakan di Padang Kawad Pasukan di Kem Kukusan Tawau. Lt Kol Mohd Adzhar bin Abd Latif menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah 7 RAMD kepada Lt Kol Hj Mohd Shauari bin Hj Mat Piah dan disaksikan oleh Panglima 5 Bgd, Brig Jen Datuk Ranjit Singh Ramday. Ketua Perbarisan adalah Mej Zulkernain bin Ayob, Pegawai Panji-Panji adalah Kapt Mohd Rahman bin A. Bakar, Ajutan Perbarisan adalah Kapt Mohd Ashmir bin Adnan dan SMR Pasukan adalah PW I Mohd Fauzi bin Isa. Perbarisan terdiri daripada 15 Pegawai dan 155 LLP.

 
 
HUT PASUKAN KE 60

 

Pada 22 Oktober 2013 Bertempat Di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Kukusan 91000 Tawau, Sabah. Perbarisan Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Hari Ulang Tahun Pasukan 7 Ramd Telah Dilaksanakan Dengan Sempurna. Semua Warga 7 Ramd Turut Serta Di Dalam Perbarisan Tersebut. Di Dalam Perbarisan Tersebut Panji-Panji Pasukan Diarak Mengikut Persembahan Berjalan Lalu Oleh Setiap Kompeni Dan Disaksikan Oleh Pegawai Memerintah 7 Ramd.

 

 

 
 
 
 
LAWATAN KERJA PENGARAH INFANTRI
 

Pada 10 Oktober 2013­ Bertempat Di Dewan Terbuka 7 Ramd Kem Kukusan Tawau, Telah Berlangsungnya Satu Majlis Penyerahan Kerusi Roda Dan Cek Telah Disempurnakan Oleh Ybhg Pengarah Infantri. Majlis Ini Dilakukan Bagi Meringankan Beban Anggota-Anggota Yang Mempunyai Anak Yang Kurang Upaya. Majlis Ini Juga Dilakukan Bagi Merapatkan Lagi Siraturahim Di Antara Pengarah Infantri Bersama Warga 7 Ramd.

bottom of page