top of page

PANJI-PANJI

 

       Pasukan 7 RAMD telah dikurniakan dengan panji-panji yang melambangkan kemegahan dan kewujudan pasukan. Pengurniaan panji-panji pasukan ini mencatatkan satu sejarah kerana merupakan satu pasukan yang pertama menerima panji-panji yang dikurniakan oleh seorang Sultan. Pasukan lain terdahulu daripada ini pengurniaannya dilakukan oleh â€™High Commisioner Malaya’.

 

       Panji-Panji RAMD telah dianugerahkan kepada 7 RAMD pada 30 Ogos 1956 oleh DYMM Sultan Kelantan Al Marhum Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Mohammad Ke empat. Pegawai panji-panji ialah Lt Muda Mahmod bin Sulaiman (bersara dalam pangkat Mejar Jeneral). Perbarisan panji-panji ini telah diketuai oleh Lt Kol AC Gordon MC dan SMR perbarisan ialah PW I Hamzah bin Mahmod.

 

       Pada 01 Okt 1984, DYMM Sultan Kedah Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu DiRaja telah berkenan membuat penukaran kepada Panji-Panji Pasukan semasa pasukan berada di Sabah. Seramai 16 Pegawai dan 309 LLP di bawah pemerintahan Lt Kol Kamaruzaman bin Hj Mohd Noor telah mengambil bahagian dalam pengurniaan panji-panji baru untuk menggantikan panji-panji lama yang telah berusia 28 tahun.

 

       Lt Muda Musa bin Bari diberi penghormatan untuk menerima panji-panji baru ini. â€˜Battle Honour’ yang tercatat di atas panji-panji baru pasukan ialah Congo ( 1960 – 1963), Darurat (1954 – 1960), Konfrantasi (1963 – 1966), Somalia (1993 – 1995).

bottom of page